Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika lawatan tapak ke Projek Makmur Kampung Tiram

KUANTAN – Projek Makmur Kampung Tiram, di sini, akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2026.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, ia termasuk pembinaan akses masuk dan fasiliti lain yang berkaitan.

“Kita dapati bahawa projek ini telah lewat siap. Tapi, saya telah diberikan janji dan komitmen daripada pihak pemaju bahawa projek ini disiapkan pada Jun 2026.

“Kalau secara fizikalnya, 60 peratus (siap) untuk bangunan ini. Cuma kita campur dengan infrastruktur itu kira-kira 44 peratus. Tapi bangunan itu dah hampir 60 peratus siap. Nanti ada nak buat jalan dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan tapak dan meninjau sendiri perkembangan projek yang didakwa terbengkalai, semalam.

Pihak pemaju katanya, telah diingatkan agar tidak mengambil sikap sambil lewa dalam menyiapkan projek kerajaan negeri itu supaya pembeli tidak terus terbeban dengan kos yang perlu ditanggung. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pembeli kecewa Projek Rumah Makmur Kampung Tiram terbengkalai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast