Azfar Abdullah

KUALA LUMPUR –  Pertubuhan Alkhair Malaysia (Alkhair Malaysia) tidak terbabit sama sekali seperti yang dilaporkan media berhubung penyalahgunaan dana bantuan RM26 juta oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya ingin membantu rakyat Syria.

Pengerusinya, Azfar Abdullah berkata, kenyataan dibuat bagi mengelak sebarang kekeliruan daripada orang ramai mengenai perkara berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat tangkapan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan NGO itu menerusi Op Serantau dijalankan SPRM Selangor.

Katanya, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Khamis lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SPRM bongkar kegiatan seleweng dana sumbangan orang ramai kira-kira RM26 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast