Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negari menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran agar meninggalkan negara itu dengan serta-merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia susulan keadaan yang semakin meruncing.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, situasi semasa di negara tersebut adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

“Pada masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berterusan berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar di Iran.

“Kesemua mereka telah disahkan selamat dan telah dinasihatkan untuk meninggalkan Iran dengan segera. Kedutaan Besar Malaysia akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, sedang memantau rapi perkembangan keselamatan di Republik Islam Iran.

Usaha itu telah dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Israel terhadap Iran pada 13 Jun 2025 yang telah memburukkan lagi ketegangan secara ketara di rantau tersebut.

Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN

Alamat:                 No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb Nombor telefon:                 +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606, +98 933 535 2602

E-mel:                   [email protected] / [email protected]

-MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

Penduduk Israel bimbang, peluru berpandu Iran hancurkan bunker perlindungan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast