This handout satellite image released by Maxar Technologies on June 19, 2025 and taken on June 19, 2025, shows damage at the Iranian nuclear facility at Arak in central Iran, after an Israeli strike. Photo AFP

TEHERAN – Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbia Iran mengeluarkan amaran keras mana-mana negara yang membekalkan rejim zionis Israel dengan peralatan ketenteraan dalam apa sahaja bentuk akan dianggap bersubahat dalam tindakan pencerobohan terhadap Iran.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Sabtu, Ibu Pejabat Khatam al-Anbia berkata, perisikan ketenteraan mendapati walaupun Israel memiliki sistem pertahanan udara anti-peluru berpandu yang paling canggih dan mahal di dunia serta mendapat sokongan penuh dari Amerika Syarikat, tapi ia sudah kehilangan sebahagian besar keupayaan radar dan pertahanan udaranya berikutan serangan peluru berpandu dan dron yang berkesan dan menghancurkan oleh tentera Iran.

Pusat Komando itu turut memberi mana-mana negara yang menghantar apa-apa jenis peralatan ketenteraan atau radar melalui udara atau laut bagi membantu rejim itu bakal menjadi sasaran tentera Iran.

Rejim zionis telah melancarkan perang pencerobohan tanpa provokasi terhadap Iran pada 13 Jun lalu, dan telah melakukan serangan udara ke atas tapak nuklear, ketenteraan dan kediaman, yang mengakibatkan lebih 400 rakyat Iran terkorban, termasuk komander tentera kanan, saintis nuklear dan orang awam.

Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) telah melaksanakan 18 gelombang serangan peluru berpandu balas terhadap rejim zionis sehingga 21 Jun sebagai sebahagian daripada Operation True Promise 3. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast