Aminuddin (dua kanan) menyerahkan replika cek Sekolah Angkat Madani kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah di Kluang semalam.

KLUANG – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak campur tangan dalam kes seorang guru perempuan yang direman kerana didakwa merotan dua murid pra sekolah di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk TS Dr Aminuddin Hassim berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Menurut beliau, pihaknya enggan memberikan sebarang ulasan kerana tidak mahu memberi fakta yang mungkin ada keraguan.

“Kes berkenaan bukan untuk diberikan ulasan sekarang dan ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan mereka terlebih dahulu.

Terdahulu seorang guru direman tiga hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanan perempuan berusia lima tahun didakwa mengalami lebam akibat dirotan seorang guru.

Dua kanak-kanak itu dikatakan dirotan kerana dipercayai tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan bola jaring.

Tahanan reman dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata atau lain-lain benda bahaya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast