TEHRAN – Sehingga kini Iran masih belum ada sebarang perjanjian gencatan senjata atau operasi tentera dengan Israe, tegas Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi
Namun, katanya, jika Israel menghentikan serangannya, Tehran juga tidak akan meneruskan serangan balas, tambahnya.
“Setakat ini, TIADA ‘perjanjian’ mengenai sebarang gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan.
“Sekiranya rejim Israel menghentikan pencerobohan haram terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya jam 4 pagi waktu Tehran, kami tiada niat untuk meneruskan tindak balas selepas itu,” tulis Araghchi di X, tidak lama selepas Presiden Donald Trump mengumumkan satu perjanjian gencatan senjata akan bermula pada hari Selasa.
Menurutnya, keputusan akhir berhubung gencatan senjata tentera Iran akan diumumkan kelak.
Dalam tulisannya, Araghchi sekali lagi menegaskan, rejim zionis Israel yang memulakan pencerobohan ke atas Iran, dan bukan sebaliknya. – MalaysiaGazette
















