Presiden WUACD, Prof. Dr. Mohammad Nasih menyampaikan anugerah kepada Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS, Prof. Dr. ChM. Ts. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri.

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima pengiktirafan global apabila dianugerahkan Anugerah Program Mobiliti sempena World University
Association for Community Development (WUACD) Summit 2025 baru-baru ini di Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia.

Menurut satu kenyataan dari UMS, penganugerahan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap dengan penglibatan aktif UMS melalui IPB khususnya berkaitan bidang pembangunan masyarakat bersama Universitas Airlangga yang merupakan Sekretariat WUACD sepanjang tahun 2024.

“Sejak menjadi ahli WUACD pada tahun 2022, UMS telah giat melaksanakan program mobiliti yang memberi fokus kepada Pembangunan Masyarakat bersama Universitas
Airlangga.

“Antaranya adalah UMS-Airlangga University Joint Community Programme 2024, sesi lawatan fasiliti, aktiviti bersama komuniti Darau Wetland Eco-Tourism, Kampung
Darau, Menggatal, dan aktiviti bersama komuniti Bombon Kg. Marakau, Ranau.

“Dengan pengiktirafan ini, UMS akan terus komited untuk meneruskan pelaksanaan program bersama ahli-ahli WUACD dalam memartabatkan Pembangunan kepada
Masyarakat berterusan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Presiden WUACD, Prof. Dr. Mohammad Nasih yang juga merupakan Rektor Universitas Airlangga kepada Penolong Naib Canselor
(Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS merangkap Pengarah Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri UMS, Prof. Dr. ChM. Ts. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri
yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk. Dr. Kasim Mansor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast