Hasni Hashim

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikenali sebagai Hasni Hashim dilaporkan hilang lebih tiga minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat,hilangan lelaki berusia 49 tahun itu diterima pihaknya pada Rabu lalu.

Katanya, kali terakhir Hasni dilihat di kawasan Menara Suria, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, Subang Jaya.

“Menurut laporan, lelaki itu kali terakhir dikesan di lokasi terbabit kira-kira jam 2.40 petang, 27 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehingga kini usaha mengesan masih diteruskan.

Hasni mempunyai ketinggian 170 sentimeter dengan berat 80 kilogram,  berkulit sawo matang, berambut pendek hitam, hidung mancung serta bermata dan bermulut sederhana.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast