Dengan penuh ketenangan dan makna tersirat, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menutup tirai perkhidmatannya dengan ucapan terakhir bertajuk “Alif Lam Mim”. Nukilan yang penuh simbolik itu menjadi refleksi perjuangan, amanah dan pengorbanan sepanjang perkhidmatan beliau sebelum secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan Penyeludupan (AKPS).















