Anggota bomba mengambil masa kira-kira lapan jam untuk memadamkan kebakaran sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini malam tadi.

MELAKA – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka mengambil masa kira-kira lapan jam untuk memadamkan kebakaran sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini malam tadi.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fadzil Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada pukul 9.44 malam.

Menurutnya, enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan Cheng dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan 22 anggota bomba dikejarkan ke lokasi selain dibantu agensi lain termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan 80 peratus gudang perabut jenis kekal berkeluasan 200 x 300 kaki persegi.

“Tiada mangsa terlibat dan api berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan sekitar pada pukul 1.12 pagi sebelum operasi tamat jam 6.08 pagi tadi,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba kemudian beredar meninggalkan lokasi selepas memastikan tiada risiko bahaya lain. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast