KUALA LUMPUR – Kegembiraan sekumpulan remaja bermandi manda di Sungai Baung, Pangkalan Chepa, Kelantan bertukar tragedi selepas salah seorang daripadanya ditemukan lemas, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa TPgB II Alam Nasut Ilias berkata , pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 5.58 petang.
Susulan itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa bersama 13 pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, ketika kejadian mangsa, Loqman Al Hakim Nor Hayami, 14, bersama rakannya rakan dan mangsa dipercayai lemas semasa berenang ke tempat dalam.
“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.06 petang.
“Mangsa telah dijumpai orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
















