Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor bersama pegawai kanan Kerajaan Negeri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. - Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi, di Johor Bahru.

Turut hadir dalam sesi menghadap itu ialah beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor, antaranya Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan tersebut mencerminkan hubungan erat antara Seri Paduka Baginda dengan Kerajaan Negeri Johor.

Ia turut menunjukkan keprihatinan Baginda terhadap urusan pentadbiran negeri serta kebajikan rakyat Johor secara keseluruhannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast