Seorang penunggang Grab dan anaknya maut selepas kemalangan di Jalan Sialang, Tangkak, malam tadi.

TANGKAK – Seorang penunggang Grab dan anaknya maut selepas motosikalnya bertembung dengan pacuan empat roda sebelum terbakar di Jalan Sialang di sini malam tadi.

Kemalangan tersebut mengorbankan bapa, Abd Halim yang berusia 52 tahun dan anaknya, Muhammad Aqeef Rayyan berumur tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kejadian itu yang berlaku pukul 8.10 malam melibatkan motosikal dan pikap jenis Toyota Hilux.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan.

“Pemandu Hilux berusia 27 tahun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial video kemalangan terbabit menunjukkan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa terbakar sejurus bertembung dengan Toyota Hilux terbabit.

Menerusi rakaman video itu turut menunjukkan seorang lelaki menarik sesuatu dipercayai kanak-kanak tersebut daripada rentung terbakar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast