MELAKA – Polis sedang mengesan dua beradik lelaki bagi membantu perbicaraan Mahkamah Tinggi di Ayer Keroh, Melaka membabitkan kes pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kedua-dua individu berkenaan diperlukan bagi memberi keterangan berkaitan kes yang bersangkut paut dengan laporan polis Banda Hilir/5117/22.

Mereka yang sedang dikesan adalah dua beradik iaitu Sek Ren Jie, 25 dan abangnya, Sek Ren Hou, 28, beralamat di Bukit Rambai, Melaka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui keberadaan mereka diminta tampil membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Menurutnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Kanan Polis, Inspektor Nor Atika Marzan di talian 018-9484205 ke balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast