Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid

KUALA LUMPUR – Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik penjelasan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin bahawa tiada sebarang usul untuk menggantikan Presiden parti diluluskan dalam persidangan bahagian berkenaan.

Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, penjelasan tersebut penting bagi menamatkan spekulasi yang boleh merosakkan keharmonian dalaman parti.

“Armada menerima baik penjelasan yang diberikan Ketua Bahagian Port Dickson berhubung dakwaan kononnya terdapat usul menukar Presiden. Perkara itu telah dijelaskan bahawa ia tidak pernah diluluskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Harris menyeru seluruh kepimpinan dan ahli Bersatu di semua peringkat agar memperkukuh semula kesepaduan dan tumpuan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita mesti bersatu dalam pemikiran dan tindakan. Mana-mana usaha yang menyemai perpecahan dalam kalangan pimpinan dan ahli adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap perjuangan parti,” ujarnya.

Beliau berkata, Armada sebagai sayap pemuda parti akan terus memainkan peranan mempertahankan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu.

“Kami berdiri teguh bersama Tan Sri Muhyiddin hingga ke Putrajaya. Armada tidak akan bertolak ansur dalam mempertahankan Institusi Presiden yang menjadi tunggak kestabilan parti,” ujarnya.

Tambahnya, Armada juga menekankan keperluan budaya disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan kestabilan berterusan dalam parti. – MalaysiaGazette

Armada Bersatu pertahankan Muhyiddin, anggap usul Port Dickson sebagai publisiti murahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast