KLIP7 dianjurkan bersama Anugerah Kecemerlangan PR ASEAN 2025 yang dikendalikan oleh ASEAN Public Relations Network (APRN).

KUALA LUMPUR – Persidangan Perhubungan Awam Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIP7) edisi ketujuh berjaya menghimpunkan hasil perbincangan global penting mengenai masa depan bidang perhubungan awam (PR) dalam era kecerdasan buatan (AI).

Berlangsung seiring dengan KLIP7 ialah Anugerah Kecemerlangan PR ASEAN 2025 yang dianjurkan dan dikendalikan oleh ASEAN Public Relations Network (APRN) yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia.

Pengasas dan Pengerusi APRN, Prita Kemal Gani berkata, penganjuran bersama Anugerah Kecemerlangan PR ASEAN mewakili tahap tertinggi pencapaian komunikasi strategik di rantau ini.

“Pelaksanaannya bersama KLIP 7 yang memberi tumpuan kepada masa depan PR dalam era AI merupakan satu sinergi luar biasa.

“Ia mencerminkan komitmen bersama untuk mengiktiraf amalan PR yang berimpak, beretika dan inovatif ke arah masa depan digital yang bertanggungjawab untuk ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KLIP7) edisi ketujuh berjaya menghimpunkan perbincangan global penting mengenai masa depan bidang perhubungan awam (PR) dalam era kecerdasan buatan (AI).

LIP 7dilancarkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Azlinda Azman

Majlis anugerah tersebut turut menyaksikan pengiktirafan kepada individu dan organisasi atas kempen kreatif serta sumbangan besar mereka dalam memajukan landskap PR serantau.

Antara penghormatan tertinggi yang diberikan ialah Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, yang disampaikan kepada dua tokoh utama industri iaitu Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid dan Tony Wenas sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan luar biasa mereka dalam bidang perhubungan awam.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut hadir menyampaikan ucaptama utama yang membentuk hala tuju perbincangan mengenai tadbir urus AI yang bertanggungjawab serta peranan Malaysia dalam memimpin masa depan komunikasi serantau.

Beliau turut menekankan kepentingan kepimpinan etika dalam memacu profesion komunikasi masa hadapan.

“Salah satu rujukan utama dalam wacana etika AI adalah Venice Pledge dan Prinsip Panduan AI Bertanggungjawab yang baru-baru ini diterima pakai oleh Global Alliance for Public Relations and Communication Management.

“Prinsip ini menekankan tingkah laku beretika, ketelusan, dan tadbir urus berasaskan manusia yang kini menjadi penanda aras global untuk profesional komunikasi yang berdepan cabaran dunia AI yang semakin kompleks,” katanya.

Pengerusi KLIP merangkap Ahli Lembaga Global Alliance, Jaffri Amin Osman yang juga dalam pembentukan Venice Pledge dan menyatakan bahawa prinsip tersebut akan terus diintegrasikan ke dalam amalan harian PR untuk memastikan keselamatan digital dan komunikasi beretika. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast