Perintah reman selama tiga hari sehingga 12 Julai 2025 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis percubaan yang bertugas di salah sebuah balai di Kedah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 daripada seorang tahanan sebagai balasan melepaskannya daripada jaminan polis .

Perintah reman selama tiga hari sehingga 12 Julai 2025 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 11 pagi semalam di balai dia bekerja.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar bulan Jun lalu dan siasatan awal mendapati suspek telah meminta rasuah kira-kira RM2,000 daripada seorang tahanan bagi membolehkannya dilepaskan daripada jaminan polis sedangkan tiada bayaran yang perlu dijelaskan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast