ISKANDAR PUTERI – Bangkai helikopter jenis AS355N yang terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di sini semalam masih lagi belum dinaikkan.

Ketika ini siasatan masih giat dijalankan di lokasi nahas oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selesai siasatan tersebut bangkai helikopter berkenaan akan dinaikkan dipercayai dalam masa terdekat.

Tinjuan MalaysiaGazette menerusi atas jambatan Sungai Pulai mendapati, terdapat dua pelampung hitam digunakan untuk menandakan lokasi bangkai helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu terhempas dalam Sungai Pulai.

Pagi semalam, sebuah helikopter milik PDRM terbabit dalam kemalangan ketika menjalani simulasi lintas hormat sempena Latihan Operasi Maritim Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura (MITSATOM) 2025 berhampiran Sungai Pulai.

Insiden itu berlaku di perairan berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), iaitu lokasi latihan yang melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Kemalangan menyebabkan lima mangsa cedera termasuk juruterbang dengan dua mangsa kritikal manakala tiga yang lain dilaporkan kini sudah stabil dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG.

Antara kru terbabit kemalangan itu membabitkan dua pegawai kanan dan tiga anggota polis termasuk juruterbang dari PGU PDRM, Bukit Aman dan anggota dari Balai Polis Tanjung Kupang.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Lokasi Slsebuah helikopter milik PDRM terhempas semasa latihan MITSATOM 2025 berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Iskandar Puteri semalam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast