Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Lebuhraya LinKedua) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kemalangan pertama berlaku pukul 6.30 pagi di kilometer (KM) 17.2 Lebuhraya Linkedua.

“Kemalangan pertama itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 56 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Honda RS150 berwarna hitam ditunggangnya cuba mengelak sebatang pokok tumbang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kemalangan kedua berlaku di KM17.1 lebuhraya sama arah Senai melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun.

Mangsa katanya, cedera parah di bahagian kepala, kaki dan tangan apabila motosikal jenis  Yamaha MT25 berwarna biru ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas sendiri.

Penunggang terbabit katanya, kemudian melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.

Kedua-dua kes ujarnya, disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian, diharap dapat menghubungi pejabat pertayaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Iskandar Puteri 07-5101322 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast