Seramai 13 individu termasuk seorang pemandu bas persiaran terselamat selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbakar di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) arah utara dari Putrajaya menghala ke Seri Kembangan, pagi tadi. Ihsan Foto : Tular

KUALA LUMPUR – Seramai 13 individu termasuk seorang pemandu bas persiaran terselamat selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbakar di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) arah utara dari Putrajaya menghala ke Seri Kembangan, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.14 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terdekat digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh lima minit selepas pasukan tiba, namun bas berkenaan musnah hampir 90 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, bas tersebut membawa 12 penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke KL Sentral.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast