Wan Rosdy Wan Ismail berkunjung ke Negeri Kelantan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu dan Pasir Mas, di Kelantan hari ini

KOTA BHARU – Rakyat Kelantan menginginkan kepimpinan yang tulus membela nasib rakyat bukan sekadar muncul terutamanya bermusim ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelusuk negeri itu dahagakan perubahan dan pembangunan seimbang di Negeri Che Siti Wan Kembang.

”Saya percaya penduduk di Kelantan terutamanya di Kota Bharu kini dahagakan perubahan. Mereka mahu sebuah kepimpinan yang bukan sekadar hadir di waktu pilihan raya tetapi yang benar-benar bersama mereka, menyuarakan keresahan mereka, serta membela nasib dan masa depan mereka secara nyata dan berani.

”UMNO Bahagian Kota Bharu mesti bangkit semula. Kita tidak boleh lagi berundur. Kita tidak boleh lagi bertahan semata-mata,” katanya ketika berkunjung ke Kelantan bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu hari ini.

Beliau hadir menunaikan jemputan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamaad Fatmi Che Salleh.

Tambah Wan Rosdy, UMNO mesti menawan semula hati rakyat dengan semangat yang jujur, pendekatan yang segar dan kerja yang konsisten.

”Perjuangan UMNO tidak pernah selesai. UMNO bukan sekadar warisan sejarah, ia adalah janji kepada masa depan. Janji kepada sebuah negara bangsa yang berdaulat.

“Janji kepada rakyat yang mendambakan pembelaan.Dari Kota Bharu, UMNO bangkit semula,” katanya.

Wan Rosdy sempat menyantuni rakyat di Kelantan. di Kelantan ketika menunaikan solat Jumaat Masjid Al-Qudus, Paya Bemban, di Kota Bharu.

Sebelum itu Wan Rosdy sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Qudus, Paya Bemban, Kota Bharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai itu juga sempat merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas pada pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast