TANGKAK – Seorang remajat maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah lori di Kilometer 166.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan tersebut pada pukul 1.25 pagi.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal iaitu remaja lelaki berusia 15 tahun terlanggar lori sedang bergerak di laluannya.
“Akibat kemalangan tersebut penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada,” katanya dalam satu kenyataan.
Roslan berkata, remaja berkenaan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan para yang dialami.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya.
“Pihak polis meminta pemandu dan pemilik lori terlibat supaya tampil untuk membantu siasatan,” ujar Roslan lagi.
Beliau meminta orang ramai yan mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Faszrulhaq Zulkapli 012-2306943 bagi melengkap siasatan.- MalaysiaGazette
















