Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Yayasan Nurjiwa yang diasaskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyalurkan makanan kepada 10,000 rakyat Palestin setiap hari sebanyak dua kali.

Katanya agihan dibuat secara berterusan hasil sumbangan orang ramai kepada yayasan itu.

“Alhamdulillah, dengan bantuan yang tidak putus-putus diterima, Yayasan Nurjiwa dapat meneruskan sumbangan kepada saudara kita di Palestin terutama dalam menyalurkan makanan kepada mereka setiap hari.

“Makanan diberi pada siang dan satu lagi agihan pada malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty, malam tadi.

Tambahnya, yayasan yang diterajuinya itu bersyukur kerana dipercayai oleh pelbagai pihak untuk menyalurkan sumbangan kepada kawasan bergolak di Gaza.

Selain itu tambahnya, Yayasan Nurjiwa bekerjasama dengan jenama Inayah Beauty bagi membaik pulih masjid di Palestin dengan kos RM300,000, Ramadan lalu.

Projek membaik pulih masjid itu dilaksanakan wakil Yayasan Nurjiwa yang menetap di sana.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast