Gambar hiasan.

PASIR GUDANG – Seorang lelaki yang melepaskan tembakan ketika cuba menyamun sebuah klinik di Taman Megah Ria, Seri Alam di sini semalam diburu polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku pukul 7.10 petang dan suspek bertindak masuk ke dalam premis dan mengacukan objek menyerupai pistol ke arah mangsa.

“Suspek mengarahkannya menyerahkan wang tunai dan kemudiannya melepaskan satu das tembakan di luar premis sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

“Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3871422 atau Hotline 07-38614222 bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, rakaman insiden berdurasi 31 saat tular dalam media sosial.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast