Jho Low Fat Leonard
Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Empat nama Malaysia muncul dalam senarai merah orang dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol), namun Jho Low, yang diburu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad, tidak termasuk.

Jho atau nama sebenarnya Low Taek Jho telah didedahkan menggunakan pasport palsu Australia dan berada di Shanghai, China.

China Press melaporkan namanya tidak “disenarai merah” secara terbuka oleh Interpol kerana tidak menyebabkan ancaman kepada keselamatan awam.

Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak bermakna Jho tidak berada dalam senarai dikehendaki Interpol. Sebaliknya, dia diletakkan dalam senarai tidak terbuka.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, semasa menjadi Ketua Polis Negara pada 2021, pernah memberitahu bahawa Jho telah diletakkan dalam senarai Interpol, tetapi bukan dalam senarai terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: 

  • Polis nafi Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah Interpol
  • Notis merah kepada Interpol untuk cekup Jho Low
  • TPM nafi minta bantuan Interpol jejak Jho Low

    Difahamkan, Interpol mempunyai dua senarai orang dikehendaki: senarai terbuka dan tidak terbuka. Oleh sebab Jho tidak mendatangkan ancaman, namanya diletakkan dalam senarai tidak terbuka.

    Empat rakyat Malaysia yang diletakkan dalam senarai terbuka Interpol adalah Koh Ing Kueh, Sirul Azhar Umar, Tan Lok Seng dan Loo Soon Aik.

    Jho, yang menjadi buruan pihak berkuasa antarabangsa, dikatakan menetap di kawasan elit di Shanghai, China dan dipercayai menggunakan pasport palsu Australia.

    Dua wartawan penyiasatan mendedahkan menerusi YouTube bahawa Jho Low menetap di kawasan eksklusif Green Hills di Shanghai dan menjalani kehidupan mewah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast