KUALA LUMPUR – Pelabur asing meneruskan aliran jualan bersih mereka kepada dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM206.1 juta minggu lalu.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih pada setiap hari dagangan kecuali Isnin dan Jumaat, dengan aliran keluar antara RM61.9 juta hingga RM173.3 juta.

Menurutnya, aliran keluar terbesar dicatatkan pada hari Rabu, diikuti dengan hari Selasa sebanyak RM88.3 juta, dan Khamis RM61.9 juta.

Manakala hari Isnin dan Jumaat mencatatkan aliran masuk bersih masing-masing RM1.21 juta dan RM116.2 juta.

Tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah pembinaan (RM199.5 juta), pengangkutan & logistik (RM102.1 juta) dan perindustrian
produk & perkhidmatan (RM94.7 juta).

Sementara tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM525.4 juta), teknologi (RM86.1 juta) dan produk & perkhidmatan pengguna (RM71.8 juta).

Dalam pad itu, pelabur institusi membalikkan momentum pembelian mereka minggu lepas, menamatkan aliran masuk bersih lapan minggu berturut-turut mereka dengan merekodkan pengeluaran sebanyak RM33.3 juta.

Pelabur runcit tempatan pula melanjutkan aktiviti belian bersih, dengan pembelian dua minggu berturut-turut sebanyak RM239.4 juta, kira-kira empat kali lebih tinggi daripada aliran masuk minggu sebelumnya sebanyak RM52.7 juta.

Purata volum dagangan harian (ADTV) mengalami kecenderungan yang luas pada minggu lepas dengan pengecualian institusi tempatan.

Pelabur asing dan peruncit tempatan mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak +6.9%% dan +9.0%, manakala institusi tempatan menyaksikan penurunan sebanyak –2.6%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast