Jonathan Vela

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, Jonathan Vela, mempertahankan inisiatif kerajaan memberikan sumbangan tunai RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan pendapatan.

Menurut Jonathan, inisiatif yang diberikan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam mengembalikan semula hasil negara kepada rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau turut menegur pihak yang mengkritik nilai sumbangan itu sebagai terlalu kecil.

“RM100 mungkin kecil untuk kamu, tetapi besar untuk mereka yang memerlukan. Kepada yang tidak mahu menerimanya, boleh sahaja menyumbangkannya kepada mereka yang lebih memerlukan. May they be blessed!,” tulisnya dalam laman sosial beliau. .

Menurut Jonathan, bantuan tunai tersebut mungkin kelihatan sederhana bagi sesetengah pihak, namun bagi golongan yang menghadapi kesempitan, ia mampu membantu membeli barangan keperluan harian seperti makanan asas atau membayar sebahagian kecil bil utiliti.

“Bantuan ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

“Jika ada yang berpendapat mereka tidak memerlukannya, alangkah baiknya ia dipanjangkan kepada mereka yang benar-benar susah,” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast