Peserta Perhimpunan ‘Turun Anwar’ mula berkumpul di sekitar perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 26 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Ibu negara dijangka menjadi tumpuan dengan berlangsungnya Himpunan Turun Anwar hari ini.

Sejak awal pagi, peserta perhimpunan itu ramai mula membanjiri beberapa kawasan ‘hotspot’ dengan berpakaian hitam.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, rata-rata peserta yang hadir dari Kedah, Pahang, Terengganu dan beberapa negeri lain.

Meskipun ramalan jumlah peserta berbeza-beza antara penganjur dan pihak berkuasa, persiapan awal menunjukkan perhimpunan ini akan menjadi manifestasi terbesar ketidakpuasan hati rakyat  terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Peserta dilihat mula berkumpul di beberapa ‘check point’ antaranya Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Kompleks SOGO sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dilihat sejak awal pagi membuat persiapan bagi memastikan kelancaran himpunan ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.