KUALA LUMPUR – Semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara diberi cuti esok sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pasukan ragbi MRSM Balik Pulau (Cougars BP) menjuarai Kejohanan Ragbi Super Schools 2025 yang berlangung hari ini.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook beliau, sebentar tadi.
Cougars BP mencipta sejarah apabila menjadi wakil MRSM pertama yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut selepas menewaskan Victoria Institution (VI) dengan keputusan tipis 14-13 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Taman Ekuestrian, Putrajaya.
Kejayaan itu turut diserikan dengan persembahan cemerlang oleh pemain MRSM Batu Pahat, Muhammad Firdaus Zolkifli, yang muncul sebagai wira pasukan setelah melakukan dua try dramatik dalam kedua-dua babak perlawanan.
Kedua-dua try tersebut kemudiannya disempurnakan menerusi tendangan conversion oleh Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhill serta Aqil Zikry Abdul Malek. -MalaysiaGazette
















