Datuk Seri Anwar, Perdana Menteri menyatakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji sumbangan Malaysia dalam kejayaan mencapai gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja. beliau memaklumkan satu lagi rundingan lanjutan akan diadakan di ibu negara pada Isnin ini, yang bakal dihadiri Menteri Pertahanan kedua-dua negara bagi membincangkan butiran teknikal perjanjian tersebut.















