Foto" Platform X

MOSCOW – Sebuah gunung berapi meletus buat pertama kali dalam tempoh 450 tahun di rantau timur Kamchatka, Rusia, kata pihak berkuasa kecemasan negara itu, selepas beberapa hari wilayah tersebut digegarkan dengan gempa bumi kuat.

Gambar-gambar yang disiarkan media milik kerajaan memaparkan debu gunung berapi Krasheninnikov yang kali terakhir meletus pada 1550 naik ke udara, menurut Program Smithsonian Institution’s Global Volcanism.

Kepulan debu tersebut naik pada ketinggian 6,000 meter, kata Kementerian Kecemasan Kamchatka di aplikasi Telegram.

“Debu tersebut merebak ke arah timur dari gunung berapi itu menuju je Lautan Pasifik. Tiada kawasan penduduk sepanjang laluan dan tiada debu jatuh direkodkan di kawasan tidak berpenghuni itu,” kata kementerian tersebut.

Menurut kementerian itu, gunung berapi tersebut diletakkan di bawah status kod berbahaya penerbangan ‘oren’, bermakna operasi penerbangan di kawangan terbabit mungkin mengalami gangguan.

Ia dilakukan selepas sebuah lagi gunung berapi Klyuchevskoy yang terletak di wilayah itu, gunung berapi aktif dan tertinggi di Asia dan Eropah, meletus pada Rabu lalu.

Letusan gunung berapi Klyuchevskoy adalah biasa, sekurang-kurangnya 18 kali sejak 2000, menurut Program Global Volcanism.

Kedua-dua letusan baru-baru ini diikuti gempa bumi kuat yang pernah direkodkan berlaku pada Rabu lalu mencetuskan amaran tsunami dan pemindahan berjuta-juta penduduk di kawasan pesisir pantai Jepun hingga ke Hawaii dan Ecuador.

Kemusnahan teruk berlaku di Rusia di mana tsunami melanda pelabuhan Severo-Kurilsk dan menenggelamkan kilang memproses ikan, kata para pegawai.

Gempa bumi bermagtiud 8.8 menggegarkan Petropavlovsk, Semenanjung Kamchatka, Rusia yang merupakan gegaran terbesar sejak 2011 yang berlaku di Jepun dengan magnitud 9.1 menyebabkan lebih 15,000 orang terbunuh akibat tsunami. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast