Gambar hiasan

COATZACOALCOS – Tujuh banduan maut manakala 11 lagi cedera di tengah-tengah rusuhan di sebuah penjara di negeri Veracruz, di timur Mexico.

Rusuhan tercetus petang Sabtu di penjara yang terletak di Tuxpan dan berterusan sepanjang malam.

Bagaimanapun, polis bersama sokongan tentera, dapat masuk ke penjara berkenaan pada pagi Ahad dan keadaan berjaya dikawal.

“Akibat rusuhan itu, kami melaporkan kematian tragis tujuh banduan dan 11 orang cedera,” kata kenyataan kementerian keselamatan negeri.

Selepas pergaduhan, tiga banduan telah dipindahkan ke penjara lain di Veracruz, walaupun pihak berkuasa tidak mendedahkan secara spesifik.

Media tempatan melaporkan, banduan terbabit memulakan rusuhan selepas meminta pihak berkuasa menjamin keselamatan mereka apabila berdepan ugutan daripada banduan yang didakwa menjadi sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang ganas.

Konflik antara kartel dan kumpulan jenayah terancang lain di Mexico sering berlaku dalam populasi penjara, yang bergelut dengan kesesakan.

Bulan lalu, rusuhan penjara di negeri barat laut Sinaloa menyebabkan tiga banduan mati. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast