Home Nasional Tidak puas hati tinggal di kawasan rumah, dua individu diburu pukul warga...

Tidak puas hati tinggal di kawasan rumah, dua individu diburu pukul warga asing

KLANG  – Tidak puas hati tinggal di sebuah kawasan perumahan, menjadi punca seorang lelaki warga asing dipukul dua individu dalam kejadian di Jalan Kulim, Off Jalan Meru, Klang. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya telah mengesan kejadian itu menerusi rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini. 

“Semakan awal mendapati, mangsa telah dipukul berulang kali oleh dua suspek lelaki sekitar jam 9 malam pada 31 Julai lalu. 

“Bertindak atas maklumat, kita telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan”  katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun katanya, polis kini sedang giat mengesan kedua-dua suspek yang terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Nazmi Mat Noh di talian 03-3291 2222,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan dua individu memukul seorang lelaki yang menunggang motosikal di sebuah kawasan perumahan itu selepas ditahan suspek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast