Program Purr-fect Care Si Comot by Powercat mencerminkan komitmen Powercat dan Adabi dalam menyemai kasih sayang terhadap haiwan.

KUALA LUMPUR – Jenama makanan kucing, Powercat menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan memberikan sokongan kepada lebih 300 kucing yang dipelihara di bawah jagaan pemiliknya, Nor Azhar Abdul Hamid di Ulu Tiram, Johor.

Produk keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) itu memilih tema program Purr-fect Care Si Comot by Powercat yang turut diserikan dengan kehadiran pelajar dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di mana membantu memasang permainan kucing serta terlibat dalam pengurusan logistik.

Pengurus Besar adabi Cawangan Johor, Zainuddin Salleh, seramai 10 orang kakitangan Adabi turut serta dalam program bersama Powercat untuk menjayakan program CSR tersebut.

“Kami turut menyediakan sarapan pagi menggunakan produk-produk Adabi seperti Kari Sardin Adabi Sandwich bagi memberikan tenaga dan makanan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti itu.

“Pasukan Adabi sendiri turut turun padang untuk memasak dan menyajikan makanan sebagai tanda penghargaan kepada para sukarelawan, peserta dan tetamu yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Cat Tiram Shelter kini memelihara lebih 300 kucing di pusat perlindungan itu.

Turut hadir, pempengaruh media sosial terkenal, Faizdickie turut memeriahkan program dan merakamkan detik istimewa untuk episod khas YouTube Si Comot Powercat selain pempengaruh kucing iaitu Micheal_Tam_Ticha dan Sorayya the Diva Cat’.

Sementara itu, Nor Azhar yang juga pemilik Cat Tiram Shelter melahirkan rasa syukur atas sumbangan diterima di mana makanan kucing itu dapat membantu meringankan beban di pusat perlindungan itu.

“Kami sangat berterima kasih kepada Powercat kerana program Purr-fect Care Si Comot by Powercat bukan sahaja mencerminkan komitmen Powercat dan Adabi dalam menyemai kasih sayang terhadap haiwan.

“Malah turut memperkukuh nilai kemanusiaan dan semangat komuniti melalui aktiviti-aktiviti CSR yang bermakna,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast