Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Penghantar makanan e-hailing digesa memastikan beg penyimpan makanan berada dalam keadaan bersih demi mengelak risiko pencemaran sekali gus menjaga kualiti hidangan yang dihantar kepada pelanggan.

Naib Pengerusi Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat, P. Shahdrasegar berkata, walaupun kerjaya sebagai penghantar makanan memerlukan pergerakan pantas dan berhadapan pelbagai cabaran cuaca, kebersihan beg adalah perkara asas yang perlu dijaga.

Katanya, beg penyimpan makanan yang kotor atau berkerak bukan sahaja memberi tanggapan kurang baik kepada pelanggan, malah boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan.

Shahdrasegar.

“Kita faham mereka sentiasa berkejar masa, tetapi membasuh beg secara berkala tidaklah mengambil masa yang lama.

“Beg yang bersih bukan sahaja memberi keyakinan kepada pelanggan, malah menunjukkan profesionalisme penghantar makanan dalam menjalankan tugas.

“Rider membawa makanan dan minuman, bukannya barang terbuang. Jadi, imej dan kualiti penghantaran juga bergantung pada kebersihan peralatan yang digunakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Shahdrasegar, pihaknya juga berharap syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran makanan dapat memberikan panduan dan galakan kepada rider supaya menjaga kebersihan peralatan kerja masing-masing.

“Langkah itu bukan sahaja memberi manfaat kepada pelanggan, malah memelihara reputasi industri penghantaran makanan secara keseluruhan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast