Empat pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah di Alor Gajah di bawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh hari ini untuk permohonan reman selepas disyaki terlibat kejadian rogol berkumpulan seorang pelajar juniornya, Tingkatan Tiga di dalam kelas pada jam 2.50 petang, 2 Oktober lalu. i

MELAKA – Seorang lelaki yang disyaki menikam adiknya di rumah mereka di Taman Kandang Permai, Kandang, di sini awal pagi tadi direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh, hari ini.

Perintah reman terhadap tertuduh berusia 38 tahun itu sehingga 16 Ogos ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Terdahulu hari ini MalaysiaGazette melaporkan mangsa, 35 tahun cedera parah selepas dipercayai ditikam abangnya dalam kejadian kira-kira 12.15 pagi tadi.

Dua beradik berkenaan dikatakan bergaduh sebelum itu dan berakhir dengan mangsa ditikam suspek.

Bagaimanapun, suspek dikatakan sempat menelefon ambulans untuk membawa adiknya itu yang parah ke Hospital Melaka sebelum polis menahannya di lokasi kejadian.

Difahamkan, polis sudah merampas satu bilah gunting yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam adiknya dan mengaku terlibat dalam kes disiasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan sedang menunggu laporan penuh kes yang disiasat Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast