Gambar tular menunjukkan sebuah rumah dan kereta disimbah cat merah dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pintu pagar sebuah rumah dan sebuah kereta disimbah cat merah di Seberang Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya mengesan insiden tular menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial X.com oleh pemilik akaun @Negori09 dengan memaparkan keadaan rumah dan kenderaan terbabit.

Jelas beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Helmi turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pinjaman daripada pemberi pinjam wang tidak berlesen.

“Segera laporkan kepada polis sekiranya menerima ugutan atau ancaman,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast