Seorang bapa tiri direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh hari ini, kerana disyaki mencabul dan mengintai anak gadisnya berusia 15 tahun ketika sedang mandi dan tidur di rumahnya yang terbongkar Selasa lalu.

MELAKA – Seorang bapa tiri direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh hari ini, kerana disyaki mencabul dan mengintai anak gadisnya berusia 15 tahun ketika sedang mandi dan tidur di rumahnya sejak Mei lalu.

Perintah reman terhadap pembantu kedai berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret N Sivashangari bermula hari ini sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada 30 Mei lalu apabila mangsa (pengadu) berselisih faham dengan ibunya di rumah mereka di Duyong sebelum bapa tirinya itu dipercayai mengambil peluang memujuknya dengan cara memeluk seerat-eratnya membuatkan pengadu berasa tidak selesa.

“Kemudian pada 10 Jun lalu, suspek menghantar mesej kepada anak tirinya itu memberitahu mahu memeluknya lagi namun pengadu membalas enggan kerana tidak selesa dengan perbuatannya itu.

“Bapa tirinya itu juga dikatakan sering mengintip pengadu ketika dia sedang mandi dan tidur membuatkan mangsa ketakutan sebelum hal itu kepada ibunya, Selasa lalu,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang ditemani ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kandang pada hari yang sama.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka berjaya menahan suspek petang untuk permohonan reman hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast