KUALA LUMPUR – Wanita warga asing yang mengamuk dan mecederakan beberapa individu berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bandar Kajang semalam dipercayai menghadapi tekanan hidup dan kecewa dengan layanan yang diterimanya semasa belajar.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, wanita tersebut merupakan penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 20 Ogos bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, seramai 11 orang saksi telah diambil keterangan termasuk mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/08/13/enam-jadi-mangsa-wanita-bersenjata-pisau-mengamuk-di-kajang/

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati, tiada rekod menunjukkan wanita itu mengambil sebarang ubat atau berada dalam keadaan kemurungan.

“Dua mangsa yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan stabil dan masih ditahan di wad,” ujarnya.

Susulan kejadian yang tular di media social itu, wanita terbabit ditahan selepas mengamuk dan menyerang orang awam menggunakan pisau.

Kejadian kira-kira pada jam 11.58 pagi itu berlaku selepas suspek berusia 24 tahun memandu kereta secara cuai dan melanggar tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat.

Suspek kemudian keluar dari kereta sambil memegang sebilah pisau dan menyerang orang awam di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast