KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 32, dipercayai terbabit dalam kemalangan kecil membabitkan kenderaan peribadinya di sebuah kompleks beli-belah di sini, semalam.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Nabila memuat naik dua foto hitam putih memaparkan bahagian hadapan (bumper) kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya yang tercabut, selain beberapa komponen lain turut rosak.
Kejadian dipercayai berlaku akibat pelanggaran dengan kenderaan lain.
“Not the Friday I ordered (Bukan hari Jumaat yang saya mahukan),” tulis ringkas Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali di IG.
Setakat ini, keadaan penyanyi lagu Peluang Kedua itu masih belum dapat dipastikan kerana tiada perkongsian susulan dibuat. – MalaysiaGazette
















