KUALA LUMPUR – Polis Daerah Sentul sedang mengesan seorang wanita berusia 40 tahun yang hilang sejak 16 Julai lalu.
Pejabat Polis Daerah Sentul menerusi kenyataan berkata, wanita tersebut bernama Yong Shee Yeng dan kali terakhir berada di alamat 3141, Jalan Benteng Barat, Jinjang Utara.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline IPD Sentul di talian 03-40482222 atau Penolong Pegawai Penyiasat Sjn Azani Ghazali di talian 012-2191244. – MalaysiaGazette
















