Keadaan motosikal mangsa yang bertembung dengan sebuah treler di di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam. foto media sosial

IPOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggangnya bertembung sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata, mangsa Roziman Abu Aziz, 36, dari Baling, Kedah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gerik.

“Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi apabila motosikal mangsa dari arah Gerik ke Jeli hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Mangsa kemudiannya melanggar bahagian kanan bampar treler jenis Volvo dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Samad berkata, bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan dalaman pada abdomen akibat kemalangan.

Beliau berkata pemandu treler tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian berlaku semasa mangsa difahamkan dalam perjalanan ke Perhimpunan RXZ 7.0 di Gong Badak, Kuala Terengganu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast