KUALA LUMPUR – Sebuah makmal komputer di Kolej Komuniti Jempol, Jalan Tim 1/1, Taman Industri Jempol, Negeri Sembilan musnah terbakar sepenuhnya, awal pagi tadi.
Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohd Hidayat Basly berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan kira-kira jam 8.41 pagi sebelum menghantar tiga pasukan bersama jentera dan dua LFRT ke lokasi kejadian.
“Setibanya anggota di tempat kejadian sekitar jam 8.52 pagi, didapati berlaku kebakaran di sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat bersaiz 40×50 kaki persegi.
“Satu unit komputer musnah 100 peratus, manakala enam unit lain dijadikan kelas dan pejabat turut terjejas pada bahagian bumbung.
“Tiada mangsa terlibat dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 9.10 pagi malah operasi masih diteruskan bagi memastikan tiada punca api tersembunyi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi pemadaman itu dilakukan melibatkan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau, Seri Jempol, dan Kuala Pilah. – MalaysiaGazette
















