Tangkap layar video yang tular memaparkan satu upacara dilakukan dalam satu majlis dipercayai di Batu Pahat, Johor. - Sumber MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan mengambil tindakan segera berhubung isu ritual kuda kepang yang dikaitkan dengan amalan syirik di Batu Pahat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, perkara tersebut dimaklumkan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid kepadanya.

“Saya telah dimaklumkan oleh Mohd Fared berkenaan isu ini dan beliau bersama agensi-agensi agama negeri Johor akan mengambil tindakan segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beliau menyeru umat Islam tidak melibatkan diri dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan akidah.

Terdahulu,, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkumpul sambil melakukan ritual diiringi paluan gong dan alunan muzik.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua lelaki seperti mengalami kerasukan, manakala peserta lain dipercayai sedang menyembah sesuatu.

Ritual berkenaan disaksikan oleh masyarakat awam di lokasi terbuka.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast