KUALA LUMPUR – TH Plantations Bhd mengesahkan menerima surat rayuan daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Mohamed Zainurin Mohamed Zain berhubung penamatan kontraknya.

Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pihaknya akan meneliti kandungan rayuan tersebut dan akan mengambil langkah sewajarnya terhadap perkara itu.

Pada Selasa, TH Plantations mengumumkan bahawa kontrak Mohamed Zainurin telah ditamatkan, dengan surat rasmi penamatan perkhidmatan telah dikeluarkan kepadanya.

Mohamed Zainurin dilantik sebagai CEO pada 1 Okt 2021. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast