logo gari
Gambar hiasan.

MUKAH – Sebanyak 57 individu ditahan dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga hari berakhir semalam di daerah ini, dengan 51 daripadanya disahkan positif dadah.

AADK Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ops Perdana/Ops Bersepadu Siri 3/2025 itu dijalankan dari 27 hingga 29 Ogos di kawasan berisiko tinggi sekitar Mukah, melibatkan dua pegawai dan 14 anggota penguat kuasa AADK Daerah Mukah serta AADK Sarawak.

“Kesemua 57 individu yang ditahan telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan hasilnya 51 individu didapati positif dadah methamphetamine,” menurut kenyataan itu.

Semua yang disahkan positif akan didakwa di bawah Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Daripada jumlah itu, 48 adalah lelaki dan tiga wanita, dengan 37 individu berusia 19 hingga 40 tahun, 12 orang berusia 41 hingga 50 tahun manakala dua lagi masing-masing berusia 51 dan 60 tahun.

AADK menegaskan komitmen memperkukuh penguatkuasaan dan melaksanakan program pencegahan serta pemulihan bagi memastikan Bahagian Mukah dan Sarawak bebas daripada ancaman dadah. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast