Seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Jasin, hari ini, kerana disyaki mencabul anak gadis tirinya berusia 15 tahun.

JASIN – Seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Jasin hari ini kerana disyaki mencabul anak gadis tirinya berusia 15 tahun, dua tahun lalu.

Perintah reman terhadap penganggur berusia 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bermula hari ini sehingga 6 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar semalam semasa berada di rumahnya di Kampung Ayer Baruk di sini apabila berlaku pertengkaran mulut antaranya dengan mangsa (pengadu) berusia 15 tahun dan kakaknya, 17 tahun.

“Semasa pertengkaran, mangsa memberitahu ibunya berusia 56 tahun bahawa bapa tirinya itu pernah merabanya di bahagian kemaluan kira-kira 11.30 malam 27 Jun 2023 ketika berusia 13 tahun selepas mengadu sakit belakang.

“Mangsa mendakwa kejadian bermula selepas suspek menegur keadaan anak bongsu dari lima beradik itu yang sakit belakang sebelum menawarkan untuk mengurutnya di ruang tamu rumah,” katanya.

Sumber berkata, lelaki itu bagaimanapun tiba-tiba memasukkan tangannya ke dalam seluar dan memegang kemaluan pengadu menyebabkan mangsa menepis sebelum suspek bertanya kepada anak tirinya itu “tidak pernah buat ke benda tu?”.

“Mangsa yang ketakutan kemudian berlari masuk ke dalam biliknya sebelum menangis dan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibunya sehinggalah mengetahui kakaknya juga pernah dicabul suspek.

“Kakaknya mendakwa suspek pernah memegang pahanya sebelum ke sekolah pada pukul 7 pagi tahun ini sebelum ditepisnya,” katanya sambil menambah pengadu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jasin kira-kira  1 tengah hari semalam.

Bertindak hasil laporan polis, sepasukan anggota dari Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menahan suspek untuk permohonan reman hari ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast