Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin bersama Penganalisis Ekonomi daripada Sekolah Perniagaan & Ekonomi UPM, Profesor Dr Rusmawati Said pada Program PODCAST MG di Studio MalaysiaGazette, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto AIZAT ZAINAL, 11 OGOS 2025.

KUALA LUMPUR – Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) akan melanjutkan waktu operasi sehingga 1 pagi.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata lanjutan, operasi dilaksana di 50 cawangan terpilih pada Jumaat hingga Ahad ini.

Jelasnya, langkah tersebut diambil bagi memberi pelanggan lebih masa untuk berbelanja, khususnya bagi memanfaatkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Lanjutan tempoh operasi ini dijangka membolehkan pelanggan berbelanja dengan lebih selesa, teratur serta mengurangkan kesesakan,” katanya menerusi kenyataan.

Ujarnya, Mydin kekal komited menyokong usaha Kerajaan meringankan kos sara hidup rakyat dengan memastikan bekalan barangan asas mencukupi.

Bantuan SARA disalurkan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 2.2 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan RM2 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast