Tiang lampu jalan melintangi laluan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dipercayai akibat dilanggar sebuah lori.

GEORGE TOWN – Ratusan pengguna terperangkap hampir dua jam selepas sebuah lori terbabas merempuh tiang lampu hingga tumbang melintang di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Kampung Batu Uban di sini, hari ini.”

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, tiga kenderaan iaitu Nissan Serena, Perodua Alza dan Proton Persona turut terbabit sekali gus menyebabkan kesesakan sejauh lebih 10 kilometer.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 1.25 tengah hari.

Lori terbabas sebelum langgar tiang lampu jalan.

“Kejadian itu membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori dan kesemua mereka selamat dikeluarkan orang awam sebelum kehadiran pihak bomba.

“Hanya pemandu lori, Hazlie Shaarani, 40, mengalami cedera ringan di bahagian kaki namun diberikan rawatan awal di lokasi.

“Susulan itu kita menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya jam 2.24 petang dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast