Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar pokok di Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pokok di Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada pukul 8 pagi itu melibatkan motosikal jenis Yamaha 135 LC.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun menunggang dari perumahan Molek menghala ke Bandar Dato’ Onn di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok yang berada di pembahagi jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Katanya, akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan kata beliau, dijalankan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, saksi kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis menerusi talian 07-3864222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast